PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI JANUARI 2024
Tawaran adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di IDIP bagi pengambilan Januari 2024. Butiran pengajian dan syarat kelayakan masuk adalah seperti berikut:
- KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN ISLAM (KPPI)
[Tempoh Kursus selama 6 bulan- 1 semester]
Syarat Kemasukan
- Terbuka kepada saudara baru dan anak saudara baru
- Berumur 18 tahun ke atas
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
- SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM (SAP)
[Tempoh Kursus selama setahun- 2 semester]
Syarat Kemasukan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Lulus ujian saringan di peringkat SAP
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
- SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI)
[Tempoh Kursus selama setahun setengah – 3 semester]
Syarat kemasukan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Lulus dan sekurang-kurangnya mendapat satu kredit di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Lulus program SAP atau lulus sijil yang setaraf dengannya.
Keistimewaan Sijil Pengajian Islam (SPI).
- Sijil SPI telah mendapat akreditasi penuh oleh MQA sejak tahun 2009 dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- SPI telah diiktiraf oleh IPT / IPTS tempatan (terpilih) sebagai salah satu kelayakan masuk untuk mengikuti program ke peringkat diploma.
Kemudahan Pembelajaran Disediakan
- Asrama bagi penempatan pelajar lelaki dan perempuan.
- Makan / minum percuma bagi pelajar yang layak
- Penajaan dari agensi –agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Yayasan bagi yang layak.
- Kemudahan riadah dan aktiviti bersukan yang bersesuaian.
- Program-program keagamaan dan kerohanian yang dianjurkan dari semasa ke semasa untuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar.