1. Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pemulihan Komuniti Strok PERKIM telah dirasmikan pada 23 JULAI 2016 yang lalu oleh YBhg. Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan.
  2. Tujuan penubuhan SCORE ialah untuk memberikan perkhidmatan Pemulihan Fisioterapi, Pemulihan Cara Kerja dan Terapi Pertuturan kepada pesakit strok.
  3. Di dalam usaha untuk mempromosi dan memberikan maklumat yang jelas kepada masyarakat awam, PERKIM telah membuka laman sesawang (website) SCORE, iaitu di alamat www.scoreperkim.com . Di dalam website tersebut mengandungi pelbagai maklumat berkenaan jenis perkhidmatan yang diberikan, waktu operasi SCORE, gambar aktiviti, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.Bayaran perkhidmatan dikenakan ialah sebanyak RM 30.00 setiap kali mendapatkan perkhidmatan pemulihan yang disediakan di dalam bentuk softcopy berkenaan SCORE dan Understanding Stroke And It's Prevention Strategies.