PENGAMBILAN PELAJAR BARU INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM SESI JUN 2025

Tawaran adalah dipelawa kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) bagi pengambilan JUN 2025. Penubuhan IDIP adalah untuk meningkatkan dan memperkasakan pendidikan Islam kepada golongan saudara baru secara khususnya dan masyarakat umum amnya. Syarat umur kemasukan adalah 18 tahun ke atas.

 

IDIP menawarkan tiga program pengajian, iaitu:

 

  1. KURSUS PERSEDIAAN PENGAJIAN ISLAM (KPP)
  • Tempoh Kursus selama 6 bulan [1 semester]
  • Pendedahan awal kepada ilmu Islam bagi yang tiada asas pengajian Islam.
  • Merangkumi kursus: Quran, Hadis, Akidah, Fekah, Jawi dan Akhlak.
  • Kursus Bahasa Melayu disediakan bagi yang memerlukannya.

 

 

  1. SIJIL ASAS PENGAJIAN ISLAM (SAP)
  • Tempoh Kursus selama setahun [2 semester]
  • Calon mesti lulus ujian saringan di peringkat SAP
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
  • Kursus: Quran, Hadis, Akidah, Fekah, Jawi, Akhlak, Bahasa Arab, Tasawwur Islam, Sejarah Islam dan Dakwah.

 

  1. SIJIL PENGAJIAN ISLAM (SPI)
  • Tempoh Kursus selama setahun setengah [3 semester]
  • Akreditasi penuh oleh MQA sejak tahun 2009 dan telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  • Diiktiraf oleh IPTA/IPTS tempatan (terpilih) sebagai salah satu kelayakan masuk untuk mengikuti program ke peringkat diploma.
  • Calon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya satu matapelajaran kredit.
  • Lulus ujian saringan di peringkat SPI.
  • Lulus program SAP atau mana-mana sijil yang setaraf dengannya.
  • Kursus: Quran, Ulum Quran, Hadis, Ulum Hadis, Akidah, Fekah, Usul Fekah, Akhlak, Bahasa Arab, Sejarah Islam, Dakwah, Komputer dan kursus wajib MQA.

Nilai Tambah

  • Program-program keagamaan dan kerohanian yang dianjurkan dari semasa ke semasa untuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar.
  • IDIP membantu pelajar untuk daftar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai calon persendirian.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila

 

Calon yang berminat boleh mengemukakan PERMOHONAN ONLINE DI  https://forms.gle/KvRWdAAyQGcAHX2AA 

Untuk maklumat lanjut, sila:

  1. layari laman web idip.edu.my
  2. hubungi kami melalui:

e-mel             : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Telefon☎️     : 097715810 (8:30 pagi hingga 4:00 petang)

Wasap            : 0199866570 (Fauzi)

 

Tarikh rasmi pendaftaran bagi pemohon yang lulus ialah:

6 JULAI 2025 (6-7-2025)

Ahad

Jam 8 pagi hingga 4 petang.