Ustaz Daud Lim Abdullah

 

Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah

 

Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdul lah adalah saudara baru per tama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Ke bangsaan ke-51 yang lalu. Be liau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang di siarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Ma laysia.

Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Is lam pada 20hb November 1989.

Menceritakan kisah pengislaman nya, menurut Farid beliau amat terhuta ng budi dengan keluarga angkatnya iai tu keluarga Tuan Haji Hashim (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Hajjah Saerah dari Kg. Tan jung Sg Choh.

"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan galakan yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dilu pakan sehingga ke akhir hayat. Mereka telah memberi layanan yang baik kepa da saya Seolah-olah saya anak mereka sendiri.

"Sungguh mengharukan lagi selain dilayan baik saya juga pernah tidur ber sama keluarga ini semasa saya kecil," ujarnya mengenang kembali detik beliau mula mengenali Islam.