Dari Meja Pengerusi

DARI MEJA PENGERUSI

 
 

 YBhg. Dato’ Haji Abdul Hanif Harun

 

Dato’ Haji Abdul Hanif Harun telah dilahirkan pada 22 Oktober 1938 di Sitiawan Perak, merupakan seorang sukarelawan PERKIM sejak lebih 25 tahun yang lalu. Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam kerajaan termasuk Timbalan Pengarah di Jabatan Penuntut Malaysia London dan yang terakhir sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau juga pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PERKIM Kebangsaan antaranya Pengarah Dakwah PERKIM, Pengarah International Da’wah Institute PERKIM-Kuala Lumpur (IDIP-KL), Pengarah Unit Perhubungan Awam Dalam Dan Luar Negara dan sekarang sebagai Bendahari Kehormat PERKIM Kebangsaan.

Sumbangan beliau yang mengharumkan nama PERKIM dalam kerja-kerja kebajikan bukan sahaja di dalam Malaysia, malah beliau banyak membantu dalam pembangunan umat Islam di Thailand, Vietnam, Indonesia dan Kemboja sehingga beliau dianugerahkan beberapa anugerah dan yang tertinggi ialah daripada Raja Kemboja iaitu Medal of MONYSARAPHOIN Level of MOHASEREIVOITH.

Beliau juga turut menyandang beberapa jawatan lain antaranya, Naib Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Pengerusi PERKIM Cawangan Bukit Damansara, Kuala Lumpur sejak tahun 2001 hingga sekarang Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Umar Al Khattab Bukit Damansara Kuala Lumpur, Pengerusi Persatuan SAHABAT Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur, dan Ahli Jawatankuasa ACCIN [Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs]