LAWATAN AKADEMIK UNISZA

 Semakan Dokumen

 

Ahli Lembaga Ijazah Dasar daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) telah membuat lawatan ke Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) pada 23 Mac 2011 untuk membuat penilaian kualiti Sijil Pengajian IDIP. Lawatan ini juga bertujuan untuk menilai kelayakan pelajar lepasan Sijil Pengajian Islam (SPI) IDIP untuk menyambung pengajian di UNiSZA dalam program diploma atau ijazah. 

Lawatan tersebut bermula pada jam 11.30 pagi. Ahli rombongan terdiri daripada kakitangan akademik UNiZA seperti berikut:

 

  1.          Yg. Bhg. Prof Madya Dr. Engku Ahmad Zaki b. Engku Alwi
  2.          Yg. Bhg. Dr. Ramle b. Abdullah
  3.          Yg. Bhg. En. Mohd b. Ismail (Timbalan Pendaftar)
  4.          Yg. Bhg. Tuan Syed Mohd Azmi b. Syed Abdul Rahman (Ketua Jabatan Dakwah)
  5.          Yg. Bhg. En. Mohd Saifulbahri Bin Abdullah (Ketua Jabatan Usuluddin)
  6.          Yg. Bhg. Dr. Engku Muhammad Tajuddin b. Engku Ali (Wakil Ketua Jabatan Syariah)
  7.          4 orang urusetia Fakulti

Pada pukul 11.30 pagi ahli rombongan telah tiba dan diraikan oleh Timbalan Pengarah IDIP,Ustaz Ahmad Fathan b. Mahmood dan Pendaftar IDIP, En. Mat Salleh B. Hassan serta Kakitangan IDIP. Acara dimulakan dengan ucapan aluan Timbalan Pengarah IDIP dan diikuti oleh ucapan balas ketua rombongan dari UNiSZA. Ahli rombongan juga diberi taklimat ringkas berkenaan sistem pengajian IDIP beserta latarbelakang, visi, misi dan perancangan masa depan IDIP. Taklimat ini untuk memberi makluman dan gambaran ringkas mengenai IDIP kepada ahli rombongan UNiSZA. Selepas taklimat ahli rombongan telah melakukan semakan terhadap silibus pengajian program SPI dan buku-buku rujukan akademik. Ahli rombongan juga telah menemubual para pensyarah dan juga pelajar IDIP ini. Ahli rombongan kemudian telah dibawa untuk melawat sekitar IDIP. Antara tempat yang dilawati adalah bilik kuliah, makmal komputer dan perpustakaan. Lebih kurang pada pukul 1.30 tengahari, ahli rombongan  telah dibawa untuk jamuan tengahari di Dewan Makan. Jamuan makan tengah hari ini juga disertai oleh kakitangan IDIP. Perbincangan diadakan semula selepas solat Zohor diikuti rumusan pada akhir sesi. Majlis diakhiri dengan upacara berbalas cenderahati di antara Yg. Bhg. Prof Madya Dr. Engku Ahmad Zaki b. Engku Alwi sebagai wakil UNiSZA dan Ustaz Ahmad Fathan b. Mahmood sebagai wakil IDIP.Majlis berakhir pada pukul 3.00 petang.

 

 SEMAKAN DOKUMEN
 

 LAWATAN KE PERPUSTAKAAN

 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Last Updated ( Wednesday, 13 April 2011 08:27 )  

Kemasukan Pelajar
IDIP menerima kemasukan pelajar dua kali setahun

Kakitangan IDIP
Senarai Kakitangan Akademik IDIP

Rencana Ilmiah
Himpunan rencana dan berita

Alumni Bekas-bekas pelajar IDIP

 

Jawatan Kosong

Waktu Solat

Selasa 27 Feb 2018
11 Jamadil Akhir 1439 H

 

Subuh 06:08
Syuruk 07:26
Zuhur 13:26
Asar 16:45
Maghrib 19:26
Isya 20:36

Kelantan

 

[ Tukar Kawasan ]

Undian

 

Pendapat anda mengenai Portal IDIP?
   

Dari Meja Pengerusi

TAN SRI DATO' DR. MUHAMMAD RAIS ABDUL KARIM

Lagi...

Sumbangan

Kami memerlukan sumbangan derma untuk membina bangunan baru bagi menggantikan asrama lelaki yang sedia ada. Sila hubungi 09-7715810. Lagi

 

 

Pelawat

 
Today 12
Yesterday 13
This week 44
Last week 603
This month 2204
Last month 3699
All days 358853

We have: 1 guests online
Your IP: 115.132.56.32
Chrome 64.0.3282.140, Windows
Today: Feb 27, 2018

Kakitangan