MAJLIS PERASMIAN DISEMPURNAKAN OLEH PROF. MADYA DR RAMLE BIN ABDULLAH 
 

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kakitangan  Dan Hari Keluarga IDIP 2010 telah berlangsung pada 7 hingga 10 Oktober bertempat di Sudara Beach Resort,Bachok Kelantan. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Senat IDIP, Prof. Madya Dr Ramle Bin Abdullah.

Turut memeriahkan lagi hari keluarga ialah kehadiran Pengerusi IDIP,Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi dan Isteri serta Prof. Madya Dr. Siti Normala  Sheikh Obid , Pengerusi JK Pentadbiran dan Kewangan.

Tujuan  program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan seluruh Warga IDIP termasuk isteri, suami serta anak masing-masing. Ianya merupakan sebahagian daripada program memantapkan kekuatan pasukan kerja yang akan menjayakan visi dan misi.

Bagi menyerikan lagi program in pelbagai acara telah dijalankan iaitu acara dewan dan acara padang. Antara acara yang telah diadakan termasuk sukaneka, cabutan bertuah, BBQ, sketsa, bacaan sajak, persembahan nasyid dan penyampaian anugerah kakitangan cemerlang 2010.Kakitangan cemerlang 2010 telah dianugerahkan kepada Ustazah Zainab binti Isa(Pensyarah) dan Encik Yassin bin Daud (Kakitangan Sokongan)

 

Kakitangan cemerlang 2010 telah dianugerahkan kepada Ustazah Zainab binti Isa(Pensyarah) dan Encik Yassin bin Daud (Kakitangan Sokongan)

Majlis Penutup disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ariffin Suhaimi. Seluruh Warga IDIP merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia Dato’ kerana sudi bersama-sama memeriahkan program ini.

 

SUKANEKA DEWASA

 

 

SUKAN KANAK-KANAK