WAKTU OPERASI
AHAD-KHAMIS
8.30 pagi–12.45 tengahari
2.00ptg– 5.00 ptg
JUMAAT,SABTU serta CUTI UMUM: TUTUP
PENGENALAN
Perpustakaan IDIP merupakan sebuah unit yang berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan para pelajar di masa depan. Mula beroperasi pada tahun 2009. Perpustakaan ini dikawal selia oleh Cik Azah bt Abdullah sebagai Pustakawan IDIP.Perpustakaan IDIP adalah sebuah perpustakaan akademik yang mana pembelian koleksinya berdasarkan keperluan pembelajaran di IDIP. Oleh itu, pemilihan buku dibuat oleh pensyarah IDIP. Koleksi perpustakaan ini hampir mencecah 3000 naskah buku dengan kapasiti pelajar seramai 40 orang dalam satu masa.
SISTEM PERPUSTAKAAN
Menggunakan SISTEM MAKLUMAT PELAJAR. Di mana pelajar boleh mencari tajuk buku dengan pantas.
KOLEKSI RUJUKAN(BERTANDA MERAH)
Bil | Bahan | Bil Tajuk | Bil Bahan |
1 | Kamus | 24 | 68 |
2 | Ensiklopedia | 12 | 58 |
3 | Laporan Tahunan | 3 | 4 |
4 | Jurnal | 7 | 25 |
5 | CD | 14 | 18 |
6 | Akhbar Harian: Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian, New Straits Times | ||
7 | Majalah: Pelita Bahasa, Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Al-Islam, Dewan Sastera, Dewan Kosmik, Majalah PC, I-Islam, Solusi (Majalah 2009-2010 telah dibinding) | 2009: 10 Tajuk2010: 10 Tajuk | 20 |
8 | Rujukan Al-Quran Dan Hadis | 52 | 193 |
JUMLAH | 122 | 286 |
BAHAN PERPUSTAKAAN MENGIKUTSUBJEK
Bil | Bahan | Bil Tajuk | Bil Bahan |
1 | Umum | 63 | 100 |
2 | Kaunseling | 21 | 31 |
3 | Pendidikan | 19 | 24 |
4 | Bahasa Arab | 13 | 64 |
5 | Sastera | 18 | 82 |
6 | Motivasi | 144 | 242 |
7 | Psikologi | 3 | 7 |
8 | Dakwah | 81 | 172 |
9 | Syariah | 57 | 79 |
10 | Fiqh | 45 | 113 |
11 | Akidah | 101 | 154 |
12 | Ulum Hadis | 90 | 157 |
13 | Sirah Nabi | 249 | 354 |
14 | Ulum Tafsir | 5 | 18 |
15 | Ulum Al-Quran | 44 | 91 |
16 | Ibadah | 125 | 181 |
17 | Pengajian Malaysia | 8 | 16 |
18 | Pengajian Islam | 171 | 290 |
19 | Tasawuf | 19 | 23 |
20 | Pengurusan | 51 | 58 |
21 | Novel | 59 | 75 |
22 | Teknologi Maklumat | 7 | 21 |
23 | Bahasa Inggeris | 29 | 58 |
24 | SPM | 58 | 148 |
25 | PMR | 17 | 21 |
Jumlah | 1497 | 2579 |
PERATURAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN AM
Untuk menjaga ketenteraman perpustakaan dan keselesaan penggunanya, maka setia pelajar dikehendaki memberi perhatian dan patuh kepada peraturan seperti berikut:
- Pengguna diwajibkan memakai Kad Matrik/Kad Pekerja semasa berada di perpustakaan.
- Tidak dibenarkan bercakap sehingga mengganggu ketenteraman perpustakaan.
- Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum diperpustakaan.
- Tidak dibenarkan mengalihkan perabot yang telah sedia ada didalam perpustakaan atau menyalahgunakannya.
- Pengguna diwajibkan berpakaian kemas dan sopan semasa berada didalam perpustakaan.
- Pengguna mestilah berkelakuan baik, sopan, dilarangtidur dan dilarang merokok, minum, dan makan didalam perpustakaan.
- Dilarang berbual atau membuat bising dan menggangu ketenteraman perpustakaan.
- Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa berada didalam perpustakaan.
- Dilarang membawa atau memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi lain.
- Tidak dibenarkan mengoyak, memotong, menconteng dan merosakkan mana-mana bahagian muka surat buku, majalah dan akhbar.
- Dilarang mengalihkan perabot atau menyalahgunakannya.
- Dilarang membuang sampah didalam perpustkaan.
- Dilarang membuka gegelang akhbar
- Pengguna yang membuat salinan bahan perpustkaan bertanggungjawab sepenuhnya keatas perkara-perkara yang bersabit dan betentangan dengan AKTA HAKCIPTA.
- Pelajar yang menanggunh pengajian, menarik diir, behenti atau tamat pengajian mesti memulangkan semula bahan yang telah dipinjam.
- Pegawai yang bertugas mempunyai hak untuk meminta pengguna yang melanggar peraturan perpustakaan keluar dari perpustakaan.
CARA-CARA MEMINJAM DAN MEMULANGKAN BAHAN BACAAN
- Seseorang yang ingin meminjam sesuatu bahan itu hendaklah membawa bahan yang hendak dipinjamkan kaunter pinjaman dan menunjukkan Kad Matrik atau Kad Pekerja sendiri pada setiap kali ingin meminjam buku.
- Pelajar dibenarkan meminjam 4 buah dalam masa dua minggu. Manakala kakitangan dan pensyarah pula dibenarkan meminjam 10 buah buku dalam masa 30 minit.
- Pengguna boleh meminjam bahan yang bertanda merah dengan mengisi borang. Pinjaman hanyalah dalam masa 2 jam. Ini hanyalah sekadar untuk fotokopi bahan sebagai rujukan.
- Pengguna tidak dibenarkan untuk meminjam atau menghantar bahan perpustakaan untuk orang lain.
- Peminjam dikehendaki memulangkan buku yang dipinjam sebelum atau pada tarikh yang dicopkan pada buku tersebut.
- Apabila peminjam memulangkan bahan yang dipinjam, pegawai perpustakaan akan menyemak buku yang dipulangkan sama ada buku itu dalam keadaan elok atau tidak.
PAUTAN PANTAS KE PERPUSTAKAAN LAIN:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Sultan Zainal Abidin
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia